Monday, May 31, 2010

wahai diri

diri,
bulan dah pergi
dia dah hilang
tapi kenapa kau masih pejam?

diri,
keluar kau dari sesat mimpi
bangun dari mamai wahai diri
sedar kau di sini

resah diri
awalkan tangismu di pipi
walaupun waktu bersemadi sendiri
susun onak datang menanti
mula kaki kau melangkah
tapi masih kabur jalan yang kau liku

carilah diri
cari sampai mana kau
cerah hari tak padam lampu
atau indah pelangi sebantar rintik

biar lelah dari kalah wahai diri
keluar asa dari sorok kau
biar mereka lihat
biar mereka pandang
jangan kau kisah serupa mereka
sampai megah kau sama serupa

diri,
mencari rajin dalam kantuk
mencari suka dalam minat
mencari puji dalam saing
kejar mimpi datang tak lari

sudahkan dirimu diri
lalukan rahmat sama hujan
kerana itu yang mungkin berteman




kata-kata ini aku tujukan tehadap diri aku sendiri. tujuan perjalanan hidup aku sampai hari ini. apa yang dikejarkan. apa yang di cari. apa yang dinanti. semoga aku berjaya menempuh segala ini. kata-kata sengketa dalam hati dan syaitan-syaitan di dalam diri.




Friday, May 28, 2010

Kamu


watak wajahmu
mengelirukan aku
sifat perawanmu
dicurigai aku
mana satu kamu
aku ingin tahu
renungi diriku
kenalilah aku
jiwai watakku
nanti akan bersatu