Saturday, November 20, 2010

Titik

jatuh cinta adalah jatuh cinta
Titik.

aku tak nafi

dan jauhkan aku dari cinta manusia;
sebelumNya

Titik.

benar

ya Tuhan,
kalau benar dia tidak untuk aku
jangan benarkan aku tertimbus dengan rasa jiwa ini
dan pulaukan dirinya dari aku

benar-benar

Thursday, November 4, 2010

jatuh dengan sabar

pertama,
aku rindu akan dia.

sabar...
dia akan datang nanti
biar hilang dulu serabut mental
nanti aku susul

sabar...
tak berapa ketika saja
pasti akan akhir
biar aku tunggu
nanti dia tahu

aku nampak dia
sedikit hampir dengan aku
aku senyum
ketawa dalam hati

sabar...
nanti aku dekat
biar dia pula saksi

hanya perlu sabar
hanya perlu tadah
hanya perlu serah
akhir nanti pasti akan nampak

biarpun tak tersampai
walaupun luka terurai
tetap sabar...

kerana aku percaya
yang terbaik untuk aku
dimana asal aku

Friday, October 15, 2010

belajarlah

aku belajar untuk melihat
aku belajar untuk mendengar
aku belajar untuk berkata
aku belajar untuk menerima

aku dukung segalanya
satu kali jatuh lima kali bangkit

Monday, September 6, 2010

KOSONG

biarkan ia tertutup
biarkan ia tiada ruang untuk angin-angin kosong tembus
jangan biar ia berlubang walaupun halus

tapi aneh...
hari-hari sekarang aku merasakan ia semakin lohong
dapat aku rasakan seperti tiada isi di dalamnya
kulitnya semakin luntur
semakin banyak lubang-lubang kecil yang membuatkan isi di dalamnya terjeluak

tiada siapa yang membantu aku menampalnya semula
sumbatkan rompong itu dengan simen-simen keras
biar tidak lut dihenyak dan dihentam

aku mahu asalku dulu
aku dengan hidup dan anganku
tidak mahu aku tersembah dalam rasa ini
tidak mahu aku hanyut dalam alam ini
sehingga benar aku temu apa yang dicari

Saturday, August 21, 2010

beach

bercanda di tepian ombak
meruntun segala rasa dan kata di pesisirnya
lalu biarkan ditepis air nipis yang hilang di gigi pantai
dihembus angin lekit dan ditelan pasir basah
ditinggalkan begitu sahaja sehingga alpa seterusnya
namun tidak pernah lekang dari salur jiwa
tidak pernah jauh dari kotak minda
hingga kini tetap merindui deruannya

Thursday, July 8, 2010

agak senang di sini mungkin kerana belum bermulanya kerja2 stressss
yang akan membuatkan aku terasa mahu pulang ke kampung tanpa kembali
aku bodoh
aku bebal
aku tolol
tak tahu bagaimana memajukan diri
sedangkan aku tahu saat ini aku harus memperjuangkan apa yang telah hilang
apa yang aku tinggalkan
apa yang aku cicirkan
tapi dalam masa yang sama aku masih lemah
lembik memikul kesal sendiri yang tiada sudah
aku tahu aku perlu tamatkan di sini
pandang lurus tanpa menoleh
aku tahu aku perlu kuat
tapi hakikatnya aku masih dihantui salah diri
dan kini aku harap masa akan mengubah segalanya
dan aku juga perlu berubah...
INSYAALAH......

.

Thursday, July 1, 2010

khabar ke aku

wany ardy ~ khabar ke aku

ini yang aku lakukan hampir setiap malam.....mimpi.......

Wednesday, June 30, 2010

its sucks when close person to you doesn't tell u anything that u really want to know. its like you're invisible. its hurt me sedikit sebanyak.

buatkan aku kecik hati. aku tak menyalahkan sesiapa. mungkin aku sendiri yang tak alert. tapi at least tak boleh ke kalau dia call dan beritahu aku. at least sms pun dah cukup. ini diam seribu bahasa buatkan aku ralat sangat.

sudahlah kalau tak ingin menjemput. dalam diam hatiku mengecut kerana dia.

dan juga dia.....



semangat!

semangat! semangat! semangat!
mana kau menghilang?
menghembus lari dibawa angin

datang kembali
menarilah terbang ke sini
sampai berdiri

sunyi sekali tanpa kamu
gugup tubuhku tiadamu
tak kuat untuk aku terus teguh
bantu aku mendakap kamu

semangat, tolang aku!
aku butuh segalamu
berikan padaku
serahkan

jikalau sanggup, hambakan jiwamu padaku
aku kepingin setiap rongga2 kamu
sentuh ku dan tusuklah hingga ke aliran darahku
biar ia mati di situ

andai kata kau terbang, bawalah aku
menari bersamamu di udara
agar meringan segala yg menghentak padu

dekati aku semangat!
izinkan aku sebati denganmu




Thursday, June 24, 2010

kesal

jauh sekali pandang
hilang segala di sini

kusut serabut
tiada lagi indah naluri

cantik2 aku lihat mereka dengan yang dapat ada
kilat2 mereka yang sekali pun tidak ku sangka mencecah pagar2 langit

namun aku masih di sini
sehingga sukar menampung angin yang semakin mendesak sumbat ke paru
kunang2 aku dahulu ditenggelami sisa2 debu kini
pancarnya kelam bagaikan terhumban ke dalam kelopak hujan

saatnya di sini tidak sudah
kerahnya tidak genap
lumusnya tidak cukup
asanya perlu lebih
sampah2nya perlu di tolak tepi

suka2 dulu seperti menyenangkan
sungguhnya kini bagai tiada terlihat

lelahnya hampir lumpuh
payahnya terasa ke tua malam

entah apa lagi yang mereka mahu
segala putih sudah aku lunjurkan waktu itu
putih yang ku harapkan akan mewarnai dinding mata, tetapi pudar akhirnya
atau mungkin belum genap warna yang aku tumpahkan

takat mana lagi
tahun ini belum akhirnya
depan lagi akan ku menjangkau
tinggi lagi kan ku melompat hingga capai kunang2 ku semula
banyak lagi akan ku tumpahkan sampai penuh secawan

hanya sekali jantung berhayun
takkan sekali ku biarkannya terus hilang






Wednesday, June 23, 2010

pilihan

keputusan

pencarian

arah yang berlainan

yang terbaik



Thursday, June 17, 2010

graviti



wani ardy~graviti

Mudahnya sesuatu mengheret ku padamu

Pelbagai ku tutur, atur
Tetap ku rasa kamu hingga ku terhapus

Ku digenggam tanpa pegang, ku diikat tanpa simpul
Tiada ku mahu selain hanyut dalam bah kasihmu
Tanpa hujanmu

Bebaskan aku, biarkan aku
Enggan jatuh sesaat lagi dalam gravitimu
Di sini berdiri teguh, seperti harus ku teguh
Selubung ku, lemahi ku

Yang kamu kasih, rapuhku
Sedang ku yakin gagah
Cukup sesentuh darimu dan segala tiang kekuatanku luluh

Bebaskan aku, biarkan aku
Enggan jatuh sesaat lagi dalam gravitimu
Di sini berdiri teguh, seperti harus ku teguh
Selubung ku, lemahi ku

Hidup ku untuk cuba memperlihatkanmu bahawa
Kamu segala ku perlu untuk terus

Bukan teman atau musuh, namun tiada terjauh
Sesungguhnya kamu telah menundukkan ku

Selubung ku, lemahi ku

Mudahnya sesuatu mengheret ku padamu


kembali dirimu jika cinta..pergi kamu jika tiada..mahuku selalu ada..tunggu kamu..sudahkan aku dengan kata akhirmu..


frust

FRUST!!! FRUST!!! FRUST!!!

kenapa?????

mengapa????

down giler rasa macam dah taknak balik sana...

dalam diri aku rasa aku dah salah buat piihan..
alangkah bagus kalau aku masih di sana.. bersama teman-teman, guru-guru, manusia sekeliling yang memandang aku tanpa masalah..

hinakah aku di sini??
busukkah aku di sini??
sehingga mereka tidak menyedari gentir aku..
tungkus aku..
lumus aku..

rendahnya aku di mata kamu.....

tapi aku sedar...
ini salah aku...
sentiasa menanti baik diri...





Wednesday, June 9, 2010

Biar Jiwa


fynn jamal~biar jiwa

kau bikinku gigit bibir sendiri
lamakah lagi kita sepi?
kau bikinku renung sinar mentari
lamakah lagi kita begini?

alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku

alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku

berkaliku mintakan dari dulu
usah kau tunggu ucap itu
berkaliku bisikkan pada kamu
usah kau buntu aku milikmu

alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku

alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku

perlukah aku menyebut setiapnya
yang indahku tidak akan ada makna
bila kau sembunyi dan bermain lari-lari
separuh aku sudah pun mati

tak mampukah kau percaya
haruskah ku hebahkannya pada dengki dunia?
tidak bisakah kita sekadar pejam mata
biar jiwa bersuara

biar
biar
biar jiwa bersuara


bagaikan diriku...kisahkan diriku......


Tuesday, June 1, 2010

bila tahu...

aku tahu aku merindui kamu
aku tahu aku menginginkanmu

saatku meronta menunggu panggilan kamu
diam
sepi
sunyi
hilang tanpa bicara

aku tahu aku ingin mendekatimu
aku tahu aku ingin memilikimu

berikanlah aku peluang untuk aku hembus rangka kata
aku ingin kenal
aku ingin selami
aku ingin jiwai
setiap rongga hidup kamu

fahami diriku tanpa ucap
serangkai kata aku tidak perlu
serumpun bahasa biar kamu tahu
biar jiwa bersatu
biar hati bertemu

aku perlu tahu bila kamu ingin tahu
biar semua tidak tahu apa ku rasa padamu
akan ku unjur jiwa padamu
dan akan ku hinggap hatiku padamu

saatnya akan tiba
bila ku persembahkan cinta hanya kamu penontonnya
tanpa juri boleh bersuara
cerita cinta sempurna kita
wayangkan untuk dirimu saja

aku tahu aku sedang menunggu saatnya
aku tahu aku ingin berlari ke arahnya



Monday, May 31, 2010

wahai diri

diri,
bulan dah pergi
dia dah hilang
tapi kenapa kau masih pejam?

diri,
keluar kau dari sesat mimpi
bangun dari mamai wahai diri
sedar kau di sini

resah diri
awalkan tangismu di pipi
walaupun waktu bersemadi sendiri
susun onak datang menanti
mula kaki kau melangkah
tapi masih kabur jalan yang kau liku

carilah diri
cari sampai mana kau
cerah hari tak padam lampu
atau indah pelangi sebantar rintik

biar lelah dari kalah wahai diri
keluar asa dari sorok kau
biar mereka lihat
biar mereka pandang
jangan kau kisah serupa mereka
sampai megah kau sama serupa

diri,
mencari rajin dalam kantuk
mencari suka dalam minat
mencari puji dalam saing
kejar mimpi datang tak lari

sudahkan dirimu diri
lalukan rahmat sama hujan
kerana itu yang mungkin berteman




kata-kata ini aku tujukan tehadap diri aku sendiri. tujuan perjalanan hidup aku sampai hari ini. apa yang dikejarkan. apa yang di cari. apa yang dinanti. semoga aku berjaya menempuh segala ini. kata-kata sengketa dalam hati dan syaitan-syaitan di dalam diri.




Friday, May 28, 2010

Kamu


watak wajahmu
mengelirukan aku
sifat perawanmu
dicurigai aku
mana satu kamu
aku ingin tahu
renungi diriku
kenalilah aku
jiwai watakku
nanti akan bersatu