Saban hari
akan kami dengar suara-suara yang muncul dari corong-corong pembesar suara
Bahawasanya
dunia ini sedang rapuh menanti belah
Sedang retak
menunggu runtuh
Maafkan kami
kerana kurang peka wahai dunia
Tidak!
Bukan pada
dunia!
Tetapi pada
mangsa-mangsanya
Pada saudara-saudaraku yang sedang berjuang menabur darah pekat melingkari tanah
Maafkan kami
wahai saudara
Sedang kau
bermatian kerana Tuhanmu, kami di sini sedang lenang mengkhianatiNya
Sedang alpa
dengan rasa syukur
Jiahadmu
tiada terlawan wahai saudara
Gahmu tiada
tandingan di mata Pencipta
Sedang si
zionis lakhanat rakus memamah tulang-temulang kamu-kamu dari segenap jiwa dan fizikal
Kami di sini
hanyut dek gelodak-gelodak hasutan yang dibawa yahudi secara mentalitinya
Maafkan kami
wahai saudara
Sesunggunya dugaan
kami ini tidak terlarat untuk kami tepis
Walau kami
tahu cabaran kamu lebih luas untuk kamu hadap
Dan beban yang
kamu pikul itu sebanarnya begitu perih luar dan dalam
Mohon kami
agar biar Tuhan melindungi kamu dari segenap tubuh dan jiwa raga kamu
Biar hilang
jerih perit kamu dek asakan si musuh jahanam
Biar tenteram
kamu bersemadi sampai akhir nyawa
Hanya itu
yang kami mampu wahai saudara
Maafkan kami
wahai saudara
Untuk kamu saudara,
Juang kamu agong dihati kami