Saturday, May 28, 2011

puisi bernyawa


Puisi itu puitis.
mengelola segala riuk pikuk dunia yang tak mampu kamu uncang gegarkan dengan kata-kata kesat kamu hari ini.

Puisi itu pujangga.
meleraikan segala rimbunan yang tersimpul dalam setiap jejak yang kamu tenggelamkan bersama langsi kamu setiap hari.

Puisi itu speechless.
tanpa kata-kata yang dapat kamu ungkap untuk merungkai setiap baris yang dihembus.

dengan puisi, apa lagi yang perlu kamu isyaratkan. tidak perlu.

Di setiap stanzanya akan membawa kamu hilang dari dunia kamu sendiri dan tetap juga mampu membawa kamu kembali menghadap bayangan cermin yang kadang kala tidak mampu kamu pautkan pada realiti. sadisnya puisi, cantiknya puisi, segalanya tertakluk pada rongga-rongga jiwa yang kamu kunyah dan telan sama ada secara sengaja ataupun tidak.

Pejamkan matamu dan rasakan bagaimana anasir-anasir itu yang akan berlagu rentak dalam kotak jiwammu yang kosong walau banyak yang kamu telan. tatap dan teliti riak rupa rakan kamu yang sebenar-benarnya adalah sebentuk puisi di setiap titik bening-bening sepasang mata yang dia kerdipkan setiap ketika.

Sungguh,
datangnya puisi pada seseorang itu menjangkau segala-galanya.

Serius, tak pernah kamu tahu dan tak pernah kamu sangka refleksi yang akan kamu lihat di hadapan ruang rongga tubuh kamu. segalanya berkecamuk sehingga boleh membuatkan manusia berlaga-laga, bermusuh-musuh, bertumbuk-tumbuk. malahan membuatkan manusia berkasih-kasih, bersama-sama, bercumbu-cumbu kerana menyedari letak simpan cerita di sebaliknya.

Puisi itu berkuasa.
mampu membolehkan manusia menggegar paru dan limpa mereka. adrenalinnya memuncak sampai meremang bulu roma. semuanya hanyalah berpunca dari satu stanza puisi tidak bernyawa? kerana puisi tidak bernama?

Ya, mungkin puisi tidak bernama, tetapi bukan tidak benyawa. 
bernyawa di sini bukanlah bererti berkehidupan seperti sesuatu makhluk. bernyawa yang membawa maksud dalam erti kata lain dihidupkan dengan sedikit sentuhan jiwa oleh si penulisnya. antaranya adalah puisi-puisi yang mempunyai jiwa pada setiapnya yang dapat dihayati dan dirasakan si pembaca sehingga apabila mereka itu merelakan apa itu realiti dunia. apabila si pembaca mengatakan puisi itu cukup bermaksud bagi mereka. barangkali terasa hati dengan bait-bait kata puisinya, terasa seperti ada yang tercucuk-cucuk dalam hatinya, jika tidak ditunjukkan pada luarannya, barangkali ianya sudah bernanah di satu sudut yang berlubuk jauh pada jiwanya. terlalu dalam. tidak kelihatan atau hanya samar-samar. atau empunya diri sahaja yang mengerti namun menafikan.

Ada orang menulis untuk bernafas.

Ada orang menulis untuk meluahkan jerih perih yang setiapnya yang berlaku di alam nyata ini ternyata hanyalah memenatkan.

Ada orang menulis untuk menterjemahkan lajunya alir adrenalin suka-suka mereka menjalar.

Ada orang menulis kerana melihat kesengsaraan makhluk lain.

Ada orang menulis tanpa ada makna di sebaliknya.        

dan ada juga orang menulis hanya menjadi sekadar tulisan biasa yang boleh menjadi alasan semata.

Aku?
aku menulis untuk mencorakkan norma-norma kehidupan aku sendiri tanpa menyindir atau menyakiti manusia lain. hanyalah aku semata-mata. agar suatu hari nanti aku tidak lupa akan siapa aku dan dimana terpasaknya aku pada muka bumi ini yang semata-mata duniawi. 

yang aku bukanlah aku. 

supaya suatu hari nanti aku boleh menjadi pembaca pada puisiku sendiri sambil tersenyum.
menyatakan “inilah yang aku lalui sebagai manusia yang berdosa dan ianya menjadi satu pengajaran”. manusia sering alpa.

kerana aku sedang belajar mencari diri sendiri untuk mengenal di mana kaki terpasak lalu aku pandu jiwa melalui keringat asa untuk pulang ke asal.

Sungguh aku tidak tahu adakah kata-kata aku ini boleh dikategorikan sebagai puisi. adakah ianya berseni. sememangnya aku tidak pandai dalam berkata-kata. tidak pandai menyusun kata yang tunggang langgang. tidak pandai dalam meluahkan apa yang dirasa di hadapan mereka secara bertentang mata. lalu inilah yang aku persembahkan hanya untuk meringankan segala yang menyesak dada bagai menghirup tiada udara.

Barangkali benar kata-kata ini sebenarnya tidak berseni. 

kerana aku hanya seorang anak invisible yang tidak berkata-kata pada dasarnya.

hanya tahu merasa apa yang dirasa.

bagai tidak bernyawa tetapi bernama.

skeptikal pada apa dilihat mata.

kadang kala juga tipikal dengan yang disekeliling ada.

Jadi maafkan aku jikalau kamu merasakan sememangnya aku tidak layak.

Sudikan kamu...











Sunday, May 15, 2011

sementara menanti

Jangan salahkan siapa-siapa kalau kau terjerumus dalam cinta yang tak sepatutnya.
Juga jangan salahkan takdir kalau kau kehilangan apa-apa yang kau ada.
Siapa atau apa yang kau pinjam dari-Nya harus dipulangkan apabila sampai masanya.
Dan apabila tiba masanya juga kau akan diberikan dengan apa yang kau impikan.

Dunia ini ajaib.
Kau hanya perlu tunggu dan lihat.
Serahkan pada yang Hak atas apa yang kau jalani.