Saturday, November 10, 2012

bersama mereka


bersama dengan mereka jadi lebih suka
bersama dengan mereka jadi lebih bahagia
bersama dengan mereka aku jadi selesa
malam ini aku rasa duka dengan kebanggaan mereka
bukan kerana kalah
cuma kerana tiada bersama
senyum mereka nampak dimata
bibir mereka merekah ketawa
rupanya mereka gembira
malam ini aku jadi luka dengan keputusan yang mula
andai kira aku redha
masih jelas ingin pulang semula
kepangkuan mereka
mungkin tidak ku kira
ini pengalaman semata





Maafkan Kami Saudara.!


Saban hari akan kami dengar suara-suara yang muncul dari corong-corong pembesar suara
Bahawasanya dunia ini sedang rapuh menanti belah
Sedang retak menunggu runtuh
Maafkan kami kerana kurang peka wahai dunia

Tidak!
Bukan pada dunia!
Tetapi pada mangsa-mangsanya
Pada saudara-saudaraku yang sedang berjuang menabur darah pekat melingkari tanah

Maafkan kami wahai saudara
Sedang kau bermatian kerana Tuhanmu, kami di sini sedang lenang mengkhianatiNya
Sedang alpa dengan rasa syukur

Jiahadmu tiada terlawan wahai saudara
Gahmu tiada tandingan di mata Pencipta
Sedang si zionis lakhanat rakus memamah tulang-temulang kamu-kamu dari segenap jiwa dan fizikal
Kami di sini hanyut dek gelodak-gelodak hasutan yang dibawa yahudi secara mentalitinya
Maafkan kami wahai saudara

Sesunggunya dugaan kami ini tidak terlarat untuk kami tepis
Walau kami tahu cabaran kamu lebih luas untuk kamu hadap
Dan beban yang kamu pikul itu sebanarnya begitu perih luar dan dalam
Mohon kami agar biar Tuhan melindungi kamu dari segenap tubuh dan jiwa raga kamu
Biar hilang jerih perit kamu dek asakan si musuh jahanam
Biar tenteram kamu bersemadi sampai akhir nyawa
Hanya itu yang kami mampu wahai saudara
Maafkan kami wahai saudara

Untuk kamu saudara,
Juang kamu agong dihati kami





Jenis aku




Aku ini jenis yang tidak dengar kata
Lagi dituding lagi rancak aku melaga-laga
Pantang ditegur pasti menarik muka
Makin disebut makin aku jadi murka
Itu tanda aku tidak suka

Aku paling tidak suka bilamana orang berkata gah
Seperti dia saja yang pandai bermegah
Aku tidak gemar orang melihat aku ini duduknya rendah
Dengan itu saja boleh buat aku mata merah
Itu tanda aku sudah marah

Aku benci jika orang nampak semakin kacak
Bilamana aku ini masih tetap tinggal lecak
Aku jadi malu bila kain aku diselak
Terus aku rasakan seperti ditempelak
Itu tanda aku rasa haprak

Jangan sesekali didulang setiap cela aku
Kerana aku mungkin tidak akan mengaku
Jarang untuk aku menjaja ada apa kamu
Jangan sampai aku simpan semua dalam hati beku
Itu tanda aku jadi hantu

Usah hiraukan apatah lagi ditegah
Pantang aku apabila orang mencegah
Setegas mana tetap tak akan kalah
Sampai aku perlu bersusah-payah
Itu tanda aku naik darah