biarkan ia tertutup
biarkan ia tiada ruang untuk angin-angin kosong tembus
jangan biar ia berlubang walaupun halus
tapi aneh...
hari-hari sekarang aku merasakan ia semakin lohong
dapat aku rasakan seperti tiada isi di dalamnya
kulitnya semakin luntur
semakin banyak lubang-lubang kecil yang membuatkan isi di dalamnya terjeluak
tiada siapa yang membantu aku menampalnya semula
sumbatkan rompong itu dengan simen-simen keras
biar tidak lut dihenyak dan dihentam
aku mahu asalku dulu
aku dengan hidup dan anganku
tidak mahu aku tersembah dalam rasa ini
tidak mahu aku hanyut dalam alam ini
sehingga benar aku temu apa yang dicari