Friday, June 28, 2013

Hilang Dengan Doa

Melutut aku mendengar khabarnya
Terus jiwaku tercampak dipelusuk entah dimana
Bercampur bersama gumpalan-gumpalan yang juga entah apa benda
Runtun rasa ini menelan khabar yang tidak pernah diduga

Ajalnya tiba
Apa yang dijanjikan sama Pencipta akhirnya tiba
Rakan yang ku kira tidak juga karib
Yang mana masih pergi engkau terkesan di sini
Saat malam, fikiran aku menggila temu sama engkau
Entah apa hutang, entah apa dosa dibawa pergi sama

Waktumu tidak genap
Dan aku mula gentar
Tertanya aku entah apa lalu kau di sana
Yang aku harap aman engkau tanpa susah
Kerana yang aku beri ini belum tahu kemana