Thursday, June 24, 2010

kesal

jauh sekali pandang
hilang segala di sini

kusut serabut
tiada lagi indah naluri

cantik2 aku lihat mereka dengan yang dapat ada
kilat2 mereka yang sekali pun tidak ku sangka mencecah pagar2 langit

namun aku masih di sini
sehingga sukar menampung angin yang semakin mendesak sumbat ke paru
kunang2 aku dahulu ditenggelami sisa2 debu kini
pancarnya kelam bagaikan terhumban ke dalam kelopak hujan

saatnya di sini tidak sudah
kerahnya tidak genap
lumusnya tidak cukup
asanya perlu lebih
sampah2nya perlu di tolak tepi

suka2 dulu seperti menyenangkan
sungguhnya kini bagai tiada terlihat

lelahnya hampir lumpuh
payahnya terasa ke tua malam

entah apa lagi yang mereka mahu
segala putih sudah aku lunjurkan waktu itu
putih yang ku harapkan akan mewarnai dinding mata, tetapi pudar akhirnya
atau mungkin belum genap warna yang aku tumpahkan

takat mana lagi
tahun ini belum akhirnya
depan lagi akan ku menjangkau
tinggi lagi kan ku melompat hingga capai kunang2 ku semula
banyak lagi akan ku tumpahkan sampai penuh secawan

hanya sekali jantung berhayun
takkan sekali ku biarkannya terus hilang