bercanda di tepian ombak
meruntun segala rasa dan kata di pesisirnya
lalu biarkan ditepis air nipis yang hilang di gigi pantai
dihembus angin lekit dan ditelan pasir basah
ditinggalkan begitu sahaja sehingga alpa seterusnya
namun tidak pernah lekang dari salur jiwa
tidak pernah jauh dari kotak minda
hingga kini tetap merindui deruannya